UCAPAN GB

 

gb

Ucapan Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya dapat kita melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.

Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKRB mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan dua elemen penting petunjuk prestasi iaitu NPKI dan NKRA.

Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikkan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21.

Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat “Melestarikan Pendidikan Terbilang”.

Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan portal pengurusan ini dapat memberikan peluang kepada pelanggan sekolah khususnya kepada ibubapa pelajar sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat organisasi sekolah ini. Saya juga mengharapkan semua guru serta warga sekolah dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalan portal rasmi ini. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Guru Besar
En. Rosnan B. Mohamad
Sekolah Kebangsaan Raja Bahar