Sukarkah Subjek Sains?

image

SAINS merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya, melibatkan proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat.

Seperti proses bagi memperoleh maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman, diikuti mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Kedengaran rigid, mungkin itu faktor ramai pelajar beranggapan subjek Sains itu sesuatu yang sukar. Hingga sampai tahap ada kalangan mereka mengelakkan diri masuk ke kelas aliran sains kerana menganggap diri akan terbeban dek subjek terbabit yang dikatakan sukar dikuasai.

Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya kepada Bernama sempena Majlis Penutup Karnival Creativity and Science4u 2016, baru-baru ini antara perlu diberi perhatian.

Memetik katanya, kaji selidik dijalankan Akademi Sains Malaysia, hanya 20 peratus pelajar di negara ini yang mengambil jurusan sains.

Menurutnya, rata-rata ramai beranggapan sains adalah ilmu atau bidang yang sukar dan ia menjadi alasan utama tidak memilih jurusan sains.

Difahamkan, negara menyasarkan satu juta tenaga kerja dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) menjelang 2020. Bagi memastikan sasaran satu juta tenaga kerja dengan asas STI dicapai, nisbah bilangan pelajar sains perlu berada tahap 60 peratus.

Namun bagaimana jika sasaran masih belum tercapai? Persoalannya sukarkah subjek Sains ini? Apakah punca utama kurangnya minat pelajar? Adakah disebabkan oleh pengajaran Sains di sekolah bersifat terlalu abstrak, pembelajaran terlalu sukar atau kaedah digunakan pada masa ini tidak mampu menarik kecenderungan pelajar?

Bila bercakap mengenai sains, ia memerlukan kerja mengkaji melalui pendekatan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi, kebiasaan dilakukan ahli sains. Sudah pastinya ia berkait rapat dengan matematik dan fizik pula.

Bagi pelajar menganggap diri lemah dengan nombor, tambah fobia dan gusarlah bila mengaitkan ia dengan sains.

Lebih membimbangkan mereka tidak mampu menghubungkan apa berlaku di sekeliling dengan sains hingga buka mata dan hati untuk menguasai bidang ini.

Apa pun kekangannya, usaha berterusan perlu diambil bagi memupuk minat pelajar terhadap subjek ini.

Tambahan pula negara memerlukan tenaga kerja yang ramai di bidang ini kerana dijangkakan peluang pekerjaan berteraskan sains dan teknologi seperti dalam teknologi nano, sains angkasa dan penjagaan kesihatan akan bertambah dalam tempoh empat tahun lagi.

Beri sokongan, galakan

Jika seorang Islam, kita sendiri percaya kejadian alam semester ini dikaitkan dengan kekuasaan ILAHI. Semua ciptaannya ini memang berhubung rapat dengan sains. Sudah tentu wajiblah kita mendalaminya untuk mengagungkan kebesaran-Nya.

Menjadi tanggungjawab kita memupuk minat generasi muda terhadap bidang ini dan sudah pastinya bermula dari rumah.

Mungkin masa terbaik menerap minat terhadap sains kepada anak kita ketika mereka berasa ingin tahu mengenai persekitaran mereka.

Banyakkan komunikasi dan penerangan menggunakan deria rasa, sentuh, lihat, dengar dan hidu. Kanak-kanak biasanya belajar daripada pemerhatian dan rasa ingin tahu.

Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM), Dr Nur Azah Hamzaid juga berkongsi pendekatan boleh digunakan bagi memupuk minat generasi muda terhadap sains.

Menurutnya, semua pihak perlu menyokong dan menggalakkan pembelajaran sains ini daripada pelbagai sudut dan cara.

“Kalau kita tak tahu, kita sama-sama tunjukkan minat untuk find out (mencari) bersama-sama. Kalau kita tahu, kita cuba pendekatan yang pelbagai. Mungkin semasa lawatan ke rumah datuk di kampung kita ceritakan kepada anak-anak mengenai haiwan yang ada atau mengenai sistem perparitan misalnya. Atau kita bawa mereka ke pulau dan ceritakan bagaimana cuaca dan suhu berubah siang dan malam atau tentang air pasang dan surut.

“Sebab, lain anak lain minatnya, lain juga cara dia meminati sesuatu. Contohnya jika anak kita jenis hands on, mungkin dia kurang minat membaca dan menghafal tetapi lebih mudah memahami sesuatu konsep apabila dia membuatnya sendiri.

 

Kredit: Sinar Harian Kelantan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s