Selamatkah murid kita melintas jalan raya?

image-1

 

TIADANYA perubahan sikap tidak akan memungkinkan penyelesaian masalah kemalangan melibatkan murid dan pelajar di sekolah. Perkara itu sepatutnya diambil berat semua pihak.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor, Mohammad Fakhri Mansor berkata, biarpun hukuman ditingkatkan terhadap pesalah di jalan raya, namun ia tidak bermakna jika ia tidak mampu menimbulkan kesedaran dalam diri pesalah itu untuk berubah.

“Untuk mewujudkan kesedaran ini perlulah bermula dari peringkat kanakkanak.

Bermula dengan sikap diri sendiri mengenai kesedaran untuk berhemah di jalan raya, barulah kadar kemalangan ini dapat dikurangkan.

“Dengan itu, bila kita berada di jalan raya, secara automatik akan tahu tidak sepatutnya bawa kenderaan laju-laju terutama di laluan berhampiran sekolah yang ada ramai murid dan pelajar,” katanya kepada GPS Bestari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung cadangan waktu larangan kepada kenderaan berat untuk melalui kawasan sekolah.

Dalam pada itu, Fakhri bersetuju dengan cadangan mewartakan larangan kenderaan berat melalui kawasan sekolah terutamanya pada waktu puncak pelajar masuk dan pulang dari sekolah.

Menurutnya, kebiasaannya papan tanda had kelajuan sudah diletakkan di laluan kawasan sekolah, namun ia sering kali tidak dipatuhi oleh pengguna jalan.

“Ini berbalik daripada segi sikap pemandu kenderaan berat seperti lori tetap memandu laju di kawasan tersebut. Alasannya hendak mengejar trip, berdepan masalah brek kenderaan dan sebagainya. Namun perkara ini seharusnya diambil berat.

“Bagi saya kerjasama semua pihak perlu seperti daripada pemilik kenderaan berat itu sendiri dan orang ramai khususnya golongan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya.

Fakhri berkata, ibu bapa misalnya harus memastikan anak terutama bersekolah rendah selamat masuk ke kawasan sekolah dan tidak membiarkan mereka melintas sendirian sebelum meninggalkan mereka di sekolah.

Selain itu, tidak boleh juga hanya berharapkan warden trafik sekolah untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka di jalan raya.

“Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga boleh bantu. Biasanya ‘banyak suara’ bila soal keselamatan murid dan pelajar ini dibangkitkan, tapi tiada langkah diambil oleh mereka untuk bertindak.

“Mungkin sukarelawan daripada orang ramai juga dapat membantu dalam perkara ini, misalnya bagi menjaga keselamatan anak-anak sekolah ini untuk melintas dan sebagai,” katanya.

Menurutnya, sukarelawan ada peranan tersendiri dan tidak semestinya soal keselamatan hanya bergantung kepada pihak sekolah kerana pihak tersebut juga berdepan kekangan.

Ambil berat

Tegas Fakhri, selain pantauan pihak berkuasa, pihak seperti pemaju juga perlu mengambil berat sekiranya kenderaan berat mereka perlu melalui jalan sekolah.

Menurutnya, pemaju atau pemilik berkenaan perlu memastikan kenderaan berat mereka diselenggara mengikut tempoh tertentu sebaiknya. Pemantauan atau pemeriksaan berkala perlu dilakukan.

“Kadar kemalangan murid di jalan raya kawasan sekolah ini juga membimbangkan bila ia berlaku secara berturutan baru-baru ini. Ia menampakkan seakan kita tiada inisiatif untuk mengelakkan ia berlaku.

“Apa pun kemalangan boleh berlaku di mana-mana, bukan hanya depan sekolah. Seharusnya pembentukan sikap mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya ini diambil berat semua pihak, bermula dari peringkat muda,” katanya.

Menurutnya, JKJR Selangor sendiri membuat lawatan rutin sekurang-kurangnya ke 10 sekolah dalam tempoh sebulan bagi memberikan kesedaran mengenai keselamatan di jalan raya.

Apa pun kebiasaannya kemalangan berlaku selalunya disebabkan kecuaian sama ada di pihak pemandu mahu pun mangsa. Justeru, masing-masing harus mempunyai kesedaran dan sikap untuk mengelakkan musibah tidak diingini ini.

Umumnya orang kita seakan masih tidak peka dengan isu-isu keselamatan dan kesejahteraan hidup bersama. Tidak berubah sikap dan mementingkan diri hingga di atas jalan raya menyulitkan diri sendiri, malah orang lain juga terpaksa menanggung risiko.

 

Kredit: Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s