Mengenang Jasa Guru


Bagaimana dengan pelajaran dan kerja sekolah? Adakah adik-adik sudah menyiapkannya? Alhamdulillah jika sudah tetapi jika belum, adik-adik perlu menyiapkannya selepas ini tau… Jangan lupa…

Sebagai murid yang cerdik dan berwibawa, adik-adik hendaklah :

  • Selalu memberi salam atau ucapan yang baik kepada guru
  • Berdiri hormat apabila mereka masuk ke dalam kelas sebab mereka adalah orang kedua yang mendidik kita selepas ibubapa kita
  • Hentikan bercakap atau membuat perkara lain. Sebaliknya tumpukan perhatian kepada pembelajaran ketika guru mengajar
  • Apabila guru menyoal, jawablah sekalipun salah. Tiada guru yang suka melihat anak muridnya gagal
  • Jika adik-adik ada perkara yang tidak faham, bertanyalah dengan sopan. Ucapkan terima kasih setelah guru memberi penerangan. Guru suka kepada murid yang beradab sopan
  • Selesaikan kerja sekolah yang diberi. Paling baik jika kerja tersebut dapat diselesaikan disekolah. Jangan meniru hasil kerja kawan kerana kita tidak akan pandai dengan cara begini. Ingatlah, latih tubi yang guru berikan adalah untuk kejayaan diri kita juga
  • Tambahkan ilmu dengan membaca buku-buku pengetahuan am. Tidak mengapa adik-adik banyak bertanya kepada guru kerana dengan cara inilah kita dapat mengasah fikiran
  • Sebagai menghargai jasa guru, adik-adik boleh memberi hadiah apa sahaja sekadar termampu sebagai tanda penghargaan
Baiklah adik-adik. Anggaplah guru sebagai ibubapa kita yang kedua. Tanpa mereka, kita mungkin menjadi manusia yang bodoh, kurang ilmu dan didikan…
Terima Kasih Guru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s