Pelajar Bijak

Oleh Dr. Ismail Zain

Ramai dalam kalangan pelajar yang cuba membanding-bandingkan tahap pencapaian antara mereka. Dalam keadaan ini apabila prestasi seseorang itu tinggi, ia dianggap sebagai seorang pelajar yang “pandai”, dan jika prestasi seseorang itu rendah ia dianggap sebagai seorang pelajar yang “bodoh”.

Sebenarnya dalam proses pembelajaran tidak ada siapa yang dianggap “pandai” atau “bodoh”. Seseorang pelajar yang menganggapkan dirinya pandai akan berakhir dengan sikap yang angkuh serta tidak mahu bekerjasama dengan pelajar lain. Pelajar ini juga sering kali enggan menghadiri kelas tambahan dengan alasan mereka sudah memahami topik pembelajaran tersebut.

Begitu juga dengan pelajar yang menganggapkan diri mereka “bodoh” berakhir dengan perasaan rendah diri serta tidak mampu bersaing dengan pelajar lain. Mereka juga sering ponteng dalam kelas-kelas tambahan dengan alasan mereka tidak mampu belajar dan menganggapkan pelajaran itu amat susah untuk difahami.

Dalam hal ini kita harus menjadi seorang pelajar yang “bijak”. Pelajar bijak akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk membaiki diri. Walaupun mereka sudah memahami pelajaran yang diajar oleh guru tetapi sanggup datang semula ke kelas-kelas tambahan, bertanya dengan guru, mencari bahan di pusat sumber serta berbincang dengan rakan-rakan dengan harapan prestasi yang baik itu dapat dikekalkan.

Bagi pelajar yang prestasinya rendah tetapi bijak akan sentiasa berfikiran positif. Mereka tidak berputus asa malah berusaha dengan sepenuh jiwa untuk menghadiri sebarang kelas tambahan atau sanggup mencari pelbagai bahan untuk dijadikan rujukan ke arah membuat penambahbaikan diri.

Sebagai semakan pelajar bijak mempunyai ciri-ciri diri seperti berikut:

• Percaya kepada kebolehan diri yang dianugerahkan Allah. Walaupun Allah menentukan segala-galanya tetapi manusia harus merancang. Kita dilahirkan bukan untuk gagal tetapi untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk berjaya usaha harus dilakukan secara sepenuhnya dengan menggunakan kebolehan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

• Tidak menyalahkan sesiapa dalam sesuatu situasi. Tuduh menuduh atau salah menyalahi antara satu sama lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Apa yang harus dilakukan ialah pelajar sendiri harus menerima hakikat sebenarnya, mencari jalan penyelesaian serta membuat penambahbaikan pada diri sendiri.

• Beranggapan bahawa setiap yang susah itu dapat diatasi dengan cara berusaha untuk mengatasinya. Kesusahan dan kesukaran itu ialah cabaran dalam kehidupan. Cabaran pula ialah pengalaman yang mampu mematangkan fikiran serta memperkasakan diri dalam proses mencapai kejayaan.

Justeru, setiap pelajar harus mempunyai sifat yang bijak ketika belajar. Kebijaksanaan mampu mengikis sifat yang negatif serta memupuk sifat jati diri di jiwa pelajar.

 

Artikel dari ; http://www.tutor.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s