ATURSkool menilai laman web sekolah


Muka utama laman web ATURSkool 2009.


 

AWAS! Laman web sekolah anda sedang dinilai oleh Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagaimanapun penilaian yang bermula Oktober dan berakhir NOvember ini terhad kepada laman web sekolah-sekolah di sekitar Bangi dan Kajang sahaja.

Tiga laman web terbaik akan menerima penghargaan berbentuk wang tunai, perkakasan – komputer atau pencetak – dan sijil.

Pertandingan yang dikenali sebagai Penilaian Laman Web Sekolah (ATURSkool) ini diadakan sempena Persidangan Sains Pengaturcaraan 2009 (Atur’09) anjuran FTSM UKM.

Ia bertujuan mengiktiraf kemahiran dan kreativiti pelajar dalam mereka bentuk dan membangunkan laman web.

Pada masa sama, ia juga dapat menerapkan daya saing positif dalam kalangan pelajar di samping mempromosi bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta FTSM UKM sebagai tempat belajar.

Sekolah yang menepati tema pertandingan Sekolah berkonsep Satu Malaysia atau School of One Malaysia akan dipilih sebagai pemenang.

Kriteria pengadilan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kandungan (50 peratus) dan persembahan (50 peratus).

Penyampaian hadiah akan diadakan pada 10 Disember 2009.

Maklumat lanjut rujuk laman web http://www.ftsm.ukm.my/atur09/web-sekolah.htm.

Kriteria Pengadilan

1. Kandungan : 50%

Memanfaatkan sumber secara optimum

Kesesuaian dan penggunaan sumber secara seimbang contohnya perkataan, teks, gambar, imej, bunyi, dan sebagainya untuk menyampaikan mesej utama

Relevan

Isi kandungan adalah menumpu kepada skop Sekolah masing-masing

Isi kandungan/maklumat sentiasa dikemaskinikan

Bahasa- bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

2. Persembahan : 50%

Antara muka yang mesra pengguna

Kebolehbacaan

– Kandungan dalam laman web mesti mudah dibaca, dengan penggunaan grafik, warna, tulisan, teks dan kontra yang bersesuaian

Fungsi

– Hiper-rangkai dalam laman web dipautkan dan berfungsi dengan baik

Konsistensi

– Persembahan keseluruhan laman web adalah konsisten

Kemas dan Teratur

– Susunatur grafik, teks, objek dan sebagainya adalah teratur dengan baik

Daya penarik

– Laman web direka bentuk secara kreatif dan menarik

Kandungan

– Aplikasi dalam laman web adalah berhubung kait secara langsung dengan Kelab Komputer Sekolah

Interaktif

– Aplikasi yang disediakan mempunyai ciri-ciri interaktif untuk pengguna menggunakan servis tersebut

 

Hadiah

PERTAMA

Satu set Komputer

Wang tunai RM300

Sijil

KEDUA

Pencetak 3 dalam 1

Wang tunai RM200

Sijil

KETIGA

Pencetak

Wang tunai RM100

Sijil

 

Artikel dari : http://www.tutor.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s