Streamyx GradPack pakej istimewa pelajar


Capaian jalur lebar berkelajuan tinggi membolehkan pelajar, ibu bapa dan guru meneroka potensi e-pembelajaran seluas-luasnya. – Gambar hiasan


Telekom Malaysia Berhad (TM) baru-baru ini memperkenalkan promosi istimewa baru untuk para pelajar, yang dinamakan Streamyx GradPack.

Pakej jalur lebar ini istimewa untuk para pelajar kolej dan universiti dan ditawarkan dengan dua kelajuan; 384 Kbps dan 1 Mbps.

Pakej Streamyx GradPack kini boleh dilanggani dari sekarang sehingga 31 Disember 2009.

Menurut Naib Presiden, Produk Retail TM, Azizi A. Hadi, Streamyx GradPack adalah pilihan yang mampu untuk para pelajar yang memiliki belanjawan yang ketat.

“Selain daripada sambungan jalur lebar yang cepat dan boleh dipercayai pada kadar yang sungguh rendah, TM juga menawarkan modem PERCUMA, akaun Streamyx Zone PERCUMA dan juga mengecualikan bayaran pengaktifan sejumlah RM75 serta bayaran pemasangan berjumlah RM88 khusus untuk promosi ini,” jelas Azizi.

Beliau memberitahu, pakej ini bertujuan meneruskan objektif TM untuk memperkenalkan jalur lebar kepada semua segmen masyarakat Malaysia pada kadar yang mampu dimiliki dan sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Dengan pengenalan pakej istimewa ini untuk para pelajar, katanya, TM berharap untuk meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) komuniti Malaysia, terutamanya golongan anak muda, untuk menjadi komuniti yang berpengetahuan yang sering ingin mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran mereka.

“Dengan penyambungan jalur lebar, para pelajar dan guru akan didedahkan dengan potensi pembelajaran elektronik (e-learning) yang besar serta revolusi ICT yang lain dalam era maklumat ini”, tambahnya.

TM kini mempunyai lebih daripada 1, 300 lokasi Streamyx Zon di seluruh negara meliputi kawasan-kawasan awam di bandar-bandar utama seperti pusat membeli-belah, kafe, restoran seperti Secret Recipe, Burger King dan Pizza Hut, lapangan terbang, hotel, kampus universiti, hospital, kelab golf, pusat konvensyen dan lokasi-lokasi yang lain.

Untuk mengetahui kawasan liputan Streamyx Zone, perhatikan tanda Streamyx Zone yang dipaparkan di lokasi tersebut.

Perkhidmatan WiFi tersebut boleh diakses menggunakan sebarang komputer riba, komputer tablet, PDA atau sebarang peralatan komunikasi mudah alih yang bersesuaian dengan standard keupayaan WiFi (piawaian LAN 802.11b/g tanpa wayar) di mana-mana lokasi Streamyx Zone di seluruh negara.

Dengan perkhidmatan WiFi menerusi Streamyx ini, pelanggan boleh mengakses e-mel, melayari Internet, membuat panggilan telefon menerusi perkhidmatan Voice Over Internet Protocol (VOIP), menonton video, berblog dan membuat aktiviti berasaskan Internet yang lain.

Para pengguna hanya perlu membuka browser laman web perkhidmatan tersebut dan memasukkan nama pengguna dan kata kunci mereka.

Setelah mendapat sambungan, para pengguna boleh melayari Internet pada kelajuan sehingga 384 kbps dan kadar mobiliti 100 peratus dalam lingkungan jarak yang diliputi.

Para pelajar boleh memohon untuk melanggani pakej promosi Streamyx GradPack dengan menunjukkan kad pelajar mereka di cawangan TMpoint, cawangan TMpoint Authorized Dealership (TAD) atau penjual TM yang sah.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Streamyx GradPack TM atau produk dan perkhidmatan TM yang lain, layari http://www.tm.com.my atau hubungi Pusat Panggilan TM di 100.

Promosi Streamyx GradPack

Streamyx 384Kbps

• Langganan bulanan bernilai RM50

• Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)

• Modem talian tetap PERCUMA dengan tempoh jaminan 12 bulan

• Akaun Streamyx Zone PERCUMA

Streamyx 1Mbps

• Langganan bulanan bernilai RM100

• Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)

• Moden wayarles PERCUMA dengan tempoh jaminan 12 bulan

• Akaun Streamyx Zone PERCUMA

• Kandungan Hypptunes, HyppTV, Gamezone (Rose online) PERCUMA selama 3 bulan

• Baju kemeja-T istimewa TM – Manchester United PERCUMA

 

Artikel dari :  http://www.tutor.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s