Membestarikan sekolah luar bandar


Sistem Buddy menggalakkan pelaksaan program pembestarian sekolah ke kawasan luar bandar. – Gambar hiasan


 

KEMENTERIAN Pelajaran dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) memperluaskan program pembestarian sekolah ke kawasan luar bandar melalui sistem buddy.

Sebanyak 15 sekolah luar bandar dipasangkan dengan 15 daripada 88 perintis Sekolah Bestari supaya dapat beroperasi sebagai satu unit dan saling bantu-membantu.

Pendekatan ini lebih efektif kerana kedua-dua sekolah kerap berkomunikasi iaitu sekurang-kurangnya seminggu sekali sama ada secara dalam talian (online) atau saluran lain – khidmat pesanan ringkas (sms), blog, e-mel, fax dan telefon.

Perbincangan ini fokus kepada perkongsian pengalaman mengimplimentasikan sekolah bestari dan strategi yang boleh dilaksanakan untuk membangunkan pelan tindakan berasaskan sekolah.

Di samping menggalakkan penggunaan teknologi di sekolah, sistem ini juga membolehkan kedua-dua sekolah saling membantu menyelesaikan sebarang jurang dan kelemahan.

Bagi memastikan pelaksanaannya teratur dan berjaya, komunikasi antara pasangan sekolah ini dilapor oleh jurulatih ke dalam laporan pemantauan bulanan.

Jurulatih menerima satu salinan bagi setiap perbincangan untuk membolehkannya mengemas kini perkembangan sekolah yang terlibat.

Pasangan sekolah bestari dan sekolah luar bandar yang terlibat dalam sistem buddy.

SMK Badlishah, Kedah – SK Arau, Perlis

SMK (F) Serting, Negeri Sembilan – SK Palong 14, Negeri Sembilan

SK Seri Bintang Utara, Cheras – SK Cherok Palon, Pahang

SK Seri Bintang Selatan, Cheras – SK Tasik Chini, Pekan, Pahang

SK Putrajaya Presint (8) 1, Putrajaya – SJK (T) Vageesar

SK Putrajaya Presint (9) 1, Putrajaya – SJK © Mah Hua, Tasek Gelugor

SMK Tun Habab, Johor – SK Peserai, Batu Pahat, Johor

SMK Elopura, Sabah – SMK (A) Ranau, Sabah

SMK Bahasa Malaysia, Sarawak – SMK Semantan, Sarawak

SMK King Edward, Perak – SMK (F) Besout, Sungkai, Perak

SMK Matang, Terengganu – SK Tok Randok Ajil, Terengganu

SMK Ahmad Maher, Kelantan – SK Jambu Lawar, Machang, Kelantan

SMK Jitra, Kedah – SMK Megat Dewa, Kodiang, Kedah

SMK Sungai Besar, Selangor – SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru

SMK Dol Said, Melaka – SK Pulau Sebang, Melaka

 

Artikel dari :  http://www.tutor.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s