Sasar 10% peningkatan tabiat membaca

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 6 Nov. – Kementerian Pelajaran menyasarkan peningkatan kira-kira 10 peratus dalam amalan membaca di kalangan pelajar negara ini setiap tahun.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Abdullah Mad Yunus berkata, untuk tujuan itu pihaknya akan mencari jalan bagi menggalakkan pelajar mengamalkan tabiat membaca setiap masa.

”Amalan membaca adalah penting bukan sahaja kepada pelajar malah rakyat negara ini kerana ia merupakan jambatan untuk mempelajari dan mendapat ilmu pengetahuan.

”Amalan ini patut dipupuk di kalangan pelajar dan rakyat di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Read 2009 iaitu acara membaca besar-besaran sempena Kempen Satu Negara Membaca Bersama di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah sini semalam.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Lucia Quek Sai Gearn; Ketua Pengawai Kewangan Scholastic Asia, Maggie Tan serta Pengetua SK Taman Megah, Khoo Swee Poh.

Abdullah seterusnya menasihati orang ramai supaya sentiasa membaca demi kebaikan dan pembangunan diri sendiri.

”Saya harap ibu bapa dan guru-guru akan memainkan peranan mereka untuk mendorong pelajar sentiasa membaca selain daripada buku teks sekolah.

”Pelajar harus berfikiran terbuka dan menyerap pelbagai ilmu pengetahuan kerana ia bukan sahaja memanfaatkan diri mereka sendiri dan menjadikan mereka seorang yang berpengetahuan,” katanya.

Sementara itu Sai Gearn berkata, laporan Kementerian Pelajaran 2008 menunjukkan amalan membaca di kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah semakin meningkat.

”Menurut laporan itu, secara umumnya setiap pelajar sekolah rendah membaca 15 buku dan setiap pelajar sekolah menengah membaca lapan buku tahun lalu.

”Manakala, laporan kementerian 2007 menunjukkan setiap pelajar sekolah rendah membaca lapan buku dan setiap pelajar sekolah menengah membaca hanya tiga buku sahaja,” katanya.

Menurutnya, walaupun amalan membaca semakin meningkat tetapi kadarnya masih belum memuaskan.

Dalam pada itu Maggie pula berkata, Scholastic yang merupakan penerbit dan pengedar buku-buku cerita kanak-kanak terbesar di dunia telah menyumbang sebanyak 44,200 buku kepada 221 sekolah di seluruh negara sepanjang kempen itu berlangsung dari 26 Oktober lepas sehingga hari ini.

Maggie berkata, acara Read 2009 telah menerima sambutan baik 160,144 pelajar dari 221 sekolah di seluruh negara berbanding 29,036 pelajar dari 75 sekolah tahun lalu.

”Tujuan Read 2009 dianjurkan adalah mahu membawa mesej kepada para pelajar supaya mengamalkan cara membaca yang seronok dan memperolehi kenangan manis melaluinya.

”Jika tidak, amalan membaca akan menjadi satu beban kepada para pelajar,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s