Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah, pada 17hb September 2009 iaitu semalam, tepat jam 10pg, panitia Agama Islam dengan kerjasama pihak koperasi sekolah dan pengurusan telah berjaya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran. Pentas telah diserikan dengan pelbagai jenis pulut dan rekabentuk dengan mempunyai bunga telor. Suasana tersebut telah mempengaruhi perjalanan majlis.

Seramai 31 murid yang telah menyertai peserta khatam al-Quran bagi program tersebut. Paling memberangsangkan, salah seorang dari murid terbabit, Nik Nur Fatin Nabilah merupakan peserta termuda yang berusia 8 tahun dari 2 Brilliant.

Antara ucapan Puan Guru Besar, Hjh Nik Sukar Shahrany yang menarik perhatian penulis ialah setiap kali tibanya bulan Ramadhan, beliau akan segera menelefon adik-beradiknya yang tinggal di Kuala Lumpur untuk bersaingĀ  menghabiskan 30 juzuk al-Quran. Wah, memang hebat sekali Puan Guru Besar kita.

Antara program yang diadakan dalam majlis tersebut ialah bacaan ayat suci al-quran oleh Riffan dari tahun6, bacaan untuk khatam al-quran secara beramai-ramai, penyampaian hadiah kepada murid-murid khatam dan pemenang bagi Kuiz Ramadhan.

Majlis di akhiri program bersalam-salaman di antara guru dengan murid disamping pemberian duit raya. Majlis tamat pada pukul 12.35tghr. Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s