Perhimpunan 9 Ogos 2009

Ahad

9 Ogos 2009

Dataran Perhimpunan

7.45pagi -8.45 pagi

Majlis perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah.

* Puan Noraini Mat selaku guru bertugas pada minggu lepas diminta memberi laporan berkenaan perkara yang telah terjadi sepanjang minggu tersebut.

  1. Masih terdapat banyak kelas yang tidak menjaga kebersihan terutama selepas waktu rehat. Guru diminta meluangkan masa 5 minit sebelum memulakan sesi pembelajaran bagi memberi peluang kepada pelajar membersihkan kelas seperti menyapu dan membuang sampah sarap.
  2. Kekemasan diri pelajar yang tidak memuaskan. Pelajar diminta supaya sentiasa mencuci pakaian dan stokin. Sekiranya dapat dilakukan, pelajar boleh membasuhnya setiap hari supaya masalah bau tidak timbul lagi.
  3. Pelajar dilarang memakai selipar sewaktu sesi persekolahan berjalan. Tindakan akan dikenakan sekiranya masih terdapat pelajar yang melanggar peraturan.
  4. Keselamatan diri semasa waktu rehat. Masih terdapat pelajar yang berlari-lari, bermain berhampiran pondok yang menempatkan enjin air, bermain guli dan bermain di hadapan pintu pagar sekolah. Tindakan segera akan dikenakan kepada pelajar yang masih berdegil.
  5. Kelas Fardhu Ain pada hari ini berjalan seperti biasa kecuali pada hari Isnin dan Selasa kerana murid-murid akan menghadapi ujian bulanan dari tahun 1 – tahun 5. Manakala murid tahun 6 akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

* Puan Noraini Che Idris memberi taklimat berkaitan 10 Langkah Pencegahan Influenza A ( H1N1).

* Encik Fauzi memberi taklimat berkaitan peperiksaan bulanan dan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah yang bermula pada 10/11/12 Ogos 2009

  • Puan Hajah Nik Sukar Syahrany ( Guru Besar ) memberi taklimat berkenaan :
  1. H1N1. Beliau mengingatkan pelajar yang demam atau tidak sihat supaya segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ini kerana wabak H1N1 boleh menyebabkan kematian dan pelajar perlu peka dengan kesihatan diri.
  2. Pihak sekolah akan dibekalkan topeng muka dan termometer oleh Kementerian Pendidikan untuk memeriksa kesihatan pelajar.
  3. Guru Besar juga membuat hebahan berkenaan kunjungan pelajar tahun 6 ke Jeram Linang pada 15/8/2009. Ianya bertujuan untuk merehatkan minda pelajar sebelum menghadapi ujian sebenar iaitu UPSR.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s