Buletin 1

Panitia Pendidikan Islam 2009

Edisi 1

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana , ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California,saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda,tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ini untuk mengumpulkan data yang setepat mungkin.

Antara data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi,saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum  lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah ibu akan sering menyanyi dan bermain piano.Si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya.Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu, beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau.

Sejak awal mengandung,beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu Tengah hari,makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.

Menurut beliau,daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik dan dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan (ramai ibu kaum cina yang amalkan pengambilan pil minyak ikan untuk perkembangan bayi mereka.

Ketika saya diundang untuk malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan.

Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yang melarang pengambilan makanan laut dan darat bersama.Secara saintifiknya makanan ini berbeza dari segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve (Apabila dicampur akan menyebabkan perut mengalami masalah penghadaman)

-bersambung di Edisi 2 akan datang

Laman Nurani

1.Bersyukurlah kepada Allah jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami…kerana itu bererti dia tidur dirumah, disebelah anda, bukannya dengan orang lain

2. Panjatlah kesyukuran kepada Allah apabila anak gadis anda bersungut semasa membuat kerja-kerja rumah/dapur…kerana itu bermaksud dia kini berada dirumah, bukan berpeleseran dengan kawan-kawan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s