Ceramah Isra’ Mikraj

Tempat : Dewan Besar SK Raja Bahar

Masa : 9.15 pagi

Penceramah : Bahrain B Hj Yusuf  (Imam Masjid Kg.Sireh,K.Bharu)

Penceramah menyatakan ini adalah kali ke 2 beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah di SKRB

Ikuti antara isi penting dari ceramah beliau yang  amat menarik:

Isra’ ialah perjalanan nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa

Mi’raj ialah perjalanan nabi Muhammad dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha

  1. Pada malam 27 Rejab, nabi, saidina Hamzah dan Jaafar tidur di rumah Ummi Ami. Nabi tidur dalam terjaga (tidak lena). Datanglah malaikat menjemput dan membawa nabi ke telaga zam-zam. Sampai disana, perut nabi dibelah untuk kali ke 2. (kali pertama sewaktu baginda masih kecil). Hati nabi dibasuh dengan air tersebut dan dimasukkan iman serta hikmah ke dalamnya. Setelah perut nabi ditutup, datanglah seekor Buraq. Ianya kecil dari kuda tetapi besar dari himar.
  2. dalam 1 kitab menyatakan..terdapat banyak buraq didalam syurga yang sama bentuk cuma ada seekor buraq yang tengah bersedih seperti merindui seseorang. bila malaikat bertanya kenapa dia bersedih…buraq menjawab “Wahai Jibril, aku merindui manusia yang bernama Muhammad.aku ingin melihatnya”. Jibril bertemu dengan Allah bahawa sudah ada buraq yang dipilih untuk membawa Rasulullah.
  3. Ketika nabi ingin menaiki buraq, haiwan itu mengelak. Nabi ingin naik dari arah kanan, dia mengelak ke arah kiri. begitulah berulang kali sehingga malaikat berbisik di telinga buraq bahawa manusia itu adalah Muhammad yang amat dirinduinya. Setelah mengetahuinya, buraq sudah tidak mengelak lagi. Kelajuan buraq seumpama lebih laju dari sebuah jet.

Antara keadaan yang dapat nabi alami ketika dalam perjalanan, nabi dapat melihat

  • Nabi berjumpa seorang lelaki tua yang memberi salam dan malaikat menegah nabi dari menjawabnya. malaikat menjelaskan lelaki tua itu adalah syaitan dan jika engkau menjawabnya, ramailah umatmu yang  berperangai seperti syaitan
  • Nabi berjumpa sekumpulan lelaki sedang mengetam gandum kemudian tumbuh semula. kejadian ini sentiasa berulang. Siapakah mereka wahai Jibril? Inilah umatmu yang berjihad di jalan Allah (Mati syahid)
  • Nabi berjumpa dengan sekumpulan manusia sedang menghantukkan kepala ke batu berulang-ulang kali. Kenapa ya Jibril?Inilah umatmu yang meninggalkan solat fardhu
  • Nabi jumpa sekumpulan manusia yang dihidangkan daging mentah lagi busuk dan daging yang dimasak tetapi sedap. golongan itu berebut untuk memakan daging busuk.Nabi bertanya,kenapa begini ya Jibril? mereka ini telah mempunyai suami/isteri dirumah tetapi masih menjalinkan hubungan dengan wanita/lelaki lain diluar rumah
  • Nabi berjumpa dengan manusia yang sedang memikul beban tetapi tidak larat untuk mengangkat. Lalu minta ditambahkan lagi bebanan berulang kali walaupun ternyata tidak mampu di angkat. Nabi bertanya lagi, Kenapa Ya Jibril? Inilah mereka yang sudah mempunyai jawatan tetapi masih meminta jawatan lain
  • Sampai di suatu tempat, Nabi terbau harum. Bau apakah ini ya Jibril? Inilah bau pengorbanan Masitah (tukang sikat anak Firaun)
  • Kemudian nabi sampai di suatu tempat lagi. Nabi berbau sedap yang dia tidak pernah bau selama ini. Ketika itu dia terdengar suara “mana hak aku” dan terdengar suara yang lain, “hakmu ialah orang yang beriman, taat dengan segala perintah dan larangan Allah”….”Aku redha ya Allah”…kata Jibril, itulah syurga
  • Nabi meneruskan perjalanan hingga terbau satu bauan yang amat dahsyat.  Terdengarlah suara “mana hak aku”….”hak kamu ialah manusia yang engkar dengan segala perintah dan larangan Allah”…Kata Jibril, itulah neraka
  • Nabi terdengar suatu suara sedang memanggil baginda. Malaikat melarang nabi menjawab. Itu adalah seruan Yahudi. Nanti ramai umatmu yang menjadi Yahudi
  • Kemudian nabi terdengan lagi satu suara yang lain sedang memanggil-manggil dirinya. malaikat tetap menegah nabi menjawabnya. Itu adalah panggilan Kristian. Nanti ramai umatmu yang menjadi Kristian.

Akhirnya Nabi naik dan sampai ke Sidratul Muntaha. Ketika itu, perintah untuk menunaikan solat fardhu sebanyak 50 kali telah diberikan kepada baginda. Ketika dalam perjalanan turun ke bumi,  nabi berjumpa dengan Nabi Musa lalu nabi Musa meminta nabi Muhammad supaya berjumpa dengan Allah supaya dikurangkan jumlah waktu. Nabi berulang kali berjumpa Allah dan nabi Musa sehingga sampailah perintah kepada 5 waktu. nabi Musa meminta nabi berjumpa Allah supaya mengurangkan lagi. nabi memberitahu bahawa baginda sudah malu untuk meminta dari Allah lagi

Ceramah disudahi dengan doa oleh Ustaz sendiri. Ramai pelajar telah menangis ketika berdoa. Sesungguhnya ceramah ini telah memberi kesan di hati mereka.

“Ya Allah, makbulkanlah doa pelajar-pelajarku ini” Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s