Hour Of Code

Frog VLE platform serves as main site for hour of code campaign for SK RAJA BAHAR https://dbb1108.1bestarinet.net/hourofcode2017 give your full support and love by giving thumbs up like and share #HourofCode#mydigitalmaker

Advertisements

Ramai yang sudah pandai membuat kod!

Kempen Hour of Code sudah tiba dipenghujungnya…banyak manfaat yang boleh diambil melalui perjalanan kempen ini…

Semangat kekitaan warga sekolah dapat dieratkan, bakat dan kreativiti dapat dicungkil. Warga sekolah secara umumnya juga sudah dapat mengetahui tentang apa itu coding dan bagi murid-murid sudah tentunya mereka mendapat pengalaman dan ilmu baharu tentang coding.

Kempen ini memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk belajar tentang konsep asas dalam bahasa pengaturcaraan… #HourofCode#mydigitalmaker #skrajabahar

Penting sangat ke TOV, ETR dan OTI tu?

Apakah TOV ( take-off value ) ?

TOV adalah asas untuk pengiraan headcount. Apa itu headcount?

Headcount adalah sasaran secara terancang dan tersusun pada suatu masa. Bagi murid tahun 6, sasaran mereka ialah UPSR.

TOV bagi murid tahun 6 pula adalah markah peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun 5. Markah tersebut (TOV) menjadi tapak permulaan mereka meningkatkan markah dari masa ke semasa.

Jika markah TOV seorang murid ialah 70, maka dari markah permulaan 70 itulah murid sepatutnya berada dan terus meningkatkan markahnya hingga mencapai sasaran markah upsr (atau gred).

TOV adalah nilai letak kerja seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik. Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian di dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon UPSR. Berasaskan markah TOV, murid-murid dengan bimbingan guru akan menetapkan ETR masing-masing.

 

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir.

Bagaimana menentukan ETR ?

Setelah ETR telah diputuskan kemudahan ini juga berupaya mengatur markah sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap murid akan belajar untuk mencapai sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Selepas guru-guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual Result (AR) markah AR dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Perbandingan ini bertujuan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau defisit.

Sekiranya hasil perbezaan perbandingan OTI dan AR bernilai positif, ia menunjukkan pembelajaran murid melepasi target. Sekiranya bernilai 0, bermakna mencapai target dan bernilai negatif menunjukkan tidak mencapai target.

Kemudahan ini berupaya menyenaraikan murid-murid berdefisit besar untuk memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan supaya tindakan susulan yang bersesuaian diambil dengan segera.

Guru-guru biasanya akan berusaha mengatur strategi agar murid-murid defisit ini dapat dibimbing supaya dapat berubah ke arah peningkatan dalam ujian-ujian OTI akan datang.

 

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

Apakah AR?
AR ialah Actual Result iaitu markah sebenar murid hasil dari ujian yang telah dijalankan.

Murid seronok, Guru gembira

Cikgu Saiful selaku penyelaras Frog Vle bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sanadi dan Penolong Kanan HEM, Cikgu Zuhairie tersenyum kegembiraan dengan kemeriahan Kempen Hour Of Code.

Ingin mengetahui aktiviti yang lebih menarik, jom klik link di bawah ini :

https://www.facebook.com/kelabdigitalskrajabahar/

#HourOfCode

#mydigitalmaker

#kelabdigitalskrajabahar